skkolam.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skkolam@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PERASMIAN | AKTIVITI | PAUTAN | LOKASI | MARQUEE | BERITA TERKINI | Untitled | Untitled | BUKU PELAWAT | LOGO SEKOLAH | LOKASI | Macam-macam Ada | KEPUTUSAN UPSR |

SEJARAH SEKOLAH
  


Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1949 dan dikenali dengan nama Sekolah Rakyat Kampung Kolam. Guru Besar pertamanya ialah allahyarham Cikgu Sulaiman bin Ahmad. Pada masa itu bersama dengan 6 orang guru penolong telah mengajar 30 orang murid yang terdiri daripada anak-anak penduduk tempatan.


Tapak asal sekolah ini terletak di Kampung Kolam. Bangunannya diperbuat daripada kayu, buluh, nibung dan beratap rumbia. Sekolah ini dibina oleh orang-orang kampung secara bergotong royong. Selepas itu tapak sekolah ini telah dipindahkan dari Kampung Kolam Ke Kampung Tok Junoh sehingga sekarang.


Tidak banyak fakta sejarah tentang sekolah ini dapat dikumpulkan kerana orang-orang tua sezaman dengan punubuhan sekolah telah tiada lagi. Jika adapun tidak ada yang dapat memberi maklumat jelas dan tepat keranan mereka telah uzur.


Sehingga kini, telah sepuluh orang guru besar yang menerajui sekolah ini. Antara ahli jawatankuasa pengasas sekolah ini yang masih hidup ialah Tuan Hj. Ishak bin Mamat dan Tuan Hj. Ismail b. Abdul Rahman.

 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: